Bagaimana Cara Untuk Buka Butik Pakaian? Kali ini kami kongsikan “Checklist Perkara dan Kos Untuk Membuka Butik Pakaian”. Oleh sebab ramai yang call tanya kedai atau butik dekat mana, ada yang bagi cadangan, ada yang tanya kenapa tak bukak butik, ada yang marah-marah sebab tak boleh nak cuba fitting kebaya, ada yang sinis, ada yang perli-perli, ada yang terus letak telefon dan sebagainya. Jadi, untuk entry pada kali ini, kami senaraikan checklist untuk perkara-perkara yang perlu diambilkira dan juga kos-kos yang terlibat untuk membuka sebuah butik / kedai menjual pakaian. Untuk makluman, kami pernah ada butik fizikal di The Atmosphere, Seri Kembangan sejak tahun 2014. Tapi, apabila pandemik Covid19 melanda, PKP, lockdown, dan sebagainya, maka kami terpaksa tutup butik kami. Ini kerana, walaupun butik tidak boleh dibuka untuk pengunjung, kami perlu menanggung kos overhead seperti kos sewaan, gaji pekerja, EPF, Socso, talian telefon dan internet, security dan sebagainya. Kos-kos tersembunyi yang tidak kelihatan. Ramai yang cakap senang la ada butik, banyak la duit ada butik, hebat la boleh ada butik tapi hanya pemilik butik yang tahu keperitan, kesusahan dan ke”struggle”lan untuk terus bertahan.
Nota tambahan : Kami juga ada kongsikan artikel bertajuk “Bagaimana Untuk Berjaya Di Dalam Perniagaan Menjual Pakaian”. KLIK SINI jika berminat untuk baca. Semoga bermanfaat.
Jadi, untuk sesiapa yang berminat, bercita-cita, berimpian dan bercadang untuk buka sebuah butik / kedai menjual pakaian, boleh la baca sampai habis ya. Bagaimana Cara Untuk Buka Butik Pakaian? Apa yang perlu diambiltahu dan kos-kos yang terlibat. Selain dari butik / kedai, sebenarnya checklist ni tergunapakai untuk banyak jenis perniagaan yang lain juga.
- Perkara pertama yang perlu diberikan perhatian adalah lokasi perniagaan. Cari lokasi yang ada access pengangkutan awam yang bagus. Parking yang cukup. Lokasi tumpuan perniagaan. Ada bank, klinik, kedai serbaneka, kedai makan / mamak, ada beberapa perniagaan sediada yang hampir sama (boleh berkongsi customer), kalau boleh cari lot kedai di bawah bukan ditingkat atas dimana customer perlu naik tangga.
- Kenapa kena cari lot kedai dikawasan yang ada bank? dekat dengan kedai makan, ada perniagaan sediada yang hampir sama dan lot bawah? Sebab kalau ada bank, akan jadi tumpuan ramai. Sambil tu akan nmpk kita punya signboard kedai. Bank juga kawasan sensitif. Kawalan keselamatan tinggi. Polis pun selalu buat rondaan. Jadi, tempias juga pada kedai kita. Rasa lebih selamat. Butik kami sebelum ni, empat kali kena pecah masuk. Sebabnya tula, lokasi tak bagus. Bila malam mati. Gelap dan suram. Senang pencuri nak buat keje. Satu lagi kenapa ada kedai sediada yg hampir sama perniagaan lagi bagus? sebab alang-alang customer dah dkt area tu, kalau xde barang yang dicari disatu satu kedai, ada potensi akan ke kedai berdekatan. Jadi, boleh berkongsi rezeki. Tapi, org melayu ni pelik skit, kuat dengki. Mulalah nak guna sihir. Tu pun kena ada dlm checklist. Kenapa kena buka kedai lot bawah? Terutamanya kedai pakaian? Sebab tangga akan jadi masalah kepada pelanggan yg berumur, pelanggan kurang upaya dan pelanggan malas nak naik tangga. So, akan kehilangan ramai potensi customer.
- Bila dah jumpa lot kedai, then perkara seterusnya adalah kos deposit permulaan yang perlu dibayar. Ada penyewa yang kenakan bayaran 3 + 1, 4 + 1, 2 + 1, 3 +2 dan sebagainya. Dimana utk contoh 3+1, 3 bulan deposit sewa + 1 bulan deposit utilities. Contohnya, kalau sewa bulanan RM3000. Maka, deposit permulaan = RM3000 x 4 = RM12,000. Kemudian, kena siapkan kos renovation dan persediaan perniagaan.
- Apa itu kos renovation dan persediaan perniagaan? Kos renovation kalau kedai kosong, kena pasang lantai. Paling-paling kena cat lantai. Kalau ada modal lebih boleh letak karpet atau vinyl flooring. Modal ribu jugak la. Then, kena beli lampu, kipas, aircond. Dah beli, kena bayar untuk wiring. Pun modal ribu. Then, kalau butik pakaian, kena sediakan fitting room. Jadi, kena pasang dinding dan buat bilik persalinan. Customer tak suka kalau just pakai tirai kain. Tak secure. Kemudian, kena ada meja kaunter, POS (point of sales) system, Security system (contoh ADT, tapi dulu butik kami pakai ADT pun kena pecah jugak. Pencuri dah bijak). Jadi kena cari sistem security yang bagus. Kalau nak la. Kalau tak tawakkal je la. Jangan tinggalkan barang berharga di kedai. Sebab pencuri ni slalu nak cari cash je dan barang-barang yang boleh jual utk dapat cash. Kemudian, kena masukkan line phone dan internet. CCTV pun kena ada. Barang-barang dlm kedai sebagai contoh kalau kedai baju kena ada railling, rak, almari, meja dan sebagainya. Bila semua dah ada. Stock barang jualan pula kena sediakan untuk penuhkan butik. Apa guna ada butik kalau stock tak banyak. Better jual online je kalau gitu. Satu lagi, customer datang bukan seorang walaupun dia seorang yg nak beli barang. Kadang-kadang datang dengan teman lelaki, suami dan anak-anak. Jadi, kena sediakan kerusi atau sofa dan tempat menunggu. Jangan ambil mudah, sbb kalau dtg dengan suami atau teman lelaki, biasanya suami yang akan bayar. Jadi, kena ambil hati customer dah juga peneman. Kalau peneman tak selesa, nanti kita akan kerugian. Untuk kos-kos point nombor 4 ni, biasanya memang lebih dari RM20,000 tak termasuk kos stock barang jualan. Kalau termasuk kos barang jualan, maybe cecah RM50,000 jugak la. Tambah dengan deposit permulaan sewaan dah lebih RM60k.
- Lepas dah siap semua, masanya untuk buka dan lancarkan butik. So, disini kos pemasaran, kos pengiklanan dan kos untuk buat majlis pembukaan pulak kena ambik kira. Kos pemasaran dan pengiklanan, kena tengok pada platform apa yang kita nak guna. Banyak jugak la modal nak kena keluar. Apa guna ada butik kalau xde pelanggan nak dtg.
- Lupa dah sy, ada satu lagi kos gaji pekerja. Berapa ramai pekerja yang diperlukan? Kalau gaji RM1500 seorang, kena kira juga EPF dan Socso. Akan jadi RM1650++. Itu seorang pekerja. Kalau dua atau tiga org. Kira sendiri. Kos ni kena tanggung tiap-tiap bulan.
- Ok, masuk pulak part kos overhead setiap bulan. Kena asingkan duit siap-siap untuk bayar perkara ni setiap hujung bulan. Sewa kedai, gaji pekerja termasuk EPF & Socso, bil elektrik, bil air, bil telefon dan internet, bil security system (jika ada), bila POS (point of sales) jika ambil pakej bayar bulanan, kos minyak kereta dan tol.
- Selain tu, kena sediakan juga modal untuk tambah stock dan juga kos pengiklanan / pemasaran. Paper bag atau plastik bungkus barang jualan pun kena sediakan. Kos jugak tu.
- Bila dapat orang yang pendengki. Kadang-kadang pemilik kedai sekeliling atau juga pelanggan yang tak puas hati. Dihantarnya sihir. Pelanggan datang kedai, then balik. Lepas tu, call / whatsapp kenapa kedai asyik tutup je. Padahal sebenarnya kedai hari-hari pun ada bukan. Pelanggan datang nak cepat balik. Then, anak kecik tanya kenapa ramai kakak rambut panjang dalam kedai. Bila nak kunci pintu masa nak balik, anak kecik tanya kenapa kakak taknak keluar, nak duduk dalam kedai ke dan banyak lagi la. Masa tu, kos untuk berubat, kos untuk pulihkan semangat dan kedai pulak kena ambik kira. Pelanggan makin kurang, tapi overhead tetap kena bayar tiap bulan.
Ok, banyak dah. Nanti ada nak tambah kami akan tambah lagi. So, sekarang dah terjawab persoalan tentang Bagaimana Cara Untuk Buka Butik Pakaian? Tapi, banyak perkara yang perlu disediakan dan juga banyak kos / modal yang perlu ada untuk buka sebuah kedai fizikal. Selain kos, kena rajin berusaha dan bekerja, kena sentiasa fikir bagaimana nak tarik pelanggan datang ke kedai dan bagaimana nak pastikan pelanggan pulang bukan dengan tangan kosong. Tapi, gitulah. Ada satu perkara yang kena bertabah iaitu bila dengar ayat gini “kasi diskaun sikit la”, “you sudah untung banyak, kasi less la”, “takkan tak boleh kurang”, “eh mahalnya, kalau beli online boleh dapat murah”, “jangan la kedekut sangat” dan bla bla bla. Secara lahiriah sebagai seorg customer atau orang yang memerhati memang tidak akan faham apa yang tersembunyi di sudut hati seorang pemilik perniagaan.
Iklan : Jemput lawat Youtube Channel IzzKebaya untuk tonton video – video kebaya nyonya yang cantik – cantik serta tips – tips memakai kebaya nyonya dan kelengkapan kebaya.
Akhir kata, jemput beli kebaya nyonya dan kelengkapan kebaya di butik kami ya sebagai tanda sokongan. KLIK SINI untuk online shop kami. Jika berminat untuk belajar trade saham, jemput sertai sesi private coaching belajar trade saham dengan klik pada image di bawah :