
Sepanjang perniagaan kami beroperasi sejak tahun 2010 yang lalu, kami telah beberapa kali diberi peluang untuk muncul di media massa iaitu di rancangan televisyen, majalah dan juga surat khabar. Sedikit sebanyak peluang ini menaikkan nama perniagaan, brand dan juga dari segi jualan produk kami. Jadi, kami ingin mengucapkan sebanyak terima kasih kepada semua pihak yang memberikan peluang kepada kami untuk muncul di media massa. Untuk makluman, kami bermula dengan nama IzwanIzzati Collections kemudian ditukar kepada IzzKebaya untuk brand dan nama butik IzzLegacy Boutique. Untuk tahun 2022 ini, oleh kerana butik dah tutup semasa PKP Covid 2019 yang lalu, kami akan hanya menggunakan nama IzzKebaya untuk perniagaan kami.
Di bawah ini kami kongsikan gambar-gambar IzzKebaya yang pernah muncul di media massa. Semoga selepas ini dapat lebih banyak peluang dimasa akan datang. Kebaya nyonya fesyen yang tak lapuk ditelan zaman. Didatangkan dengan warna-warna menarik dengan sulaman tangan yang cantik dan halus. Untuk gambar-gambar di bawah, sila klik gambar untuk gambar yang lebih besar ya.
Harian Metro 27 December 2011. Masa ni guna nama IzwanIzzati Collections.
SAFFIYA TV9 2013. Masa ni guna nama IzwanIzzati Collections.
IzzKebaya di surat khabar KOSMO pada 12 Februari 2012

IzzKebaya di Majalah Remaja, Edisi July 2014

Izzkebaya di Majalah Dara.com Julai 2012



IzzKebaya di Majalah MIDI Ogos 2014




Izzkebaya di Majalah Dara.com June 2014




IzzKebaya di Harian Metro, HM Viral bertajuk “Kebaya Sampai Paris” dan “Diburu Penggemar Kebaya” pada 7 December 2016. KLIK SINI untuk tonton video.


IzzKebaya di Rancangan Jom Fesyen Musim 4 di Salam HD 113 Unifi TV pada 8 October 2019. KLIK SINI untuk tonton video.






