Ramai yang hubungi kami bertanyakan tentang butik kebaya di Seri Kembangan, Selangor. Ya, butik kami sebelum ini sejak tahun 2014 terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Akan tetapi, malangnya Covid19 melanda dunia pada tahun 2019 dan ketidakpastian bilakah PKP akan berakhir, maka untuk mengelakkan kami menanggung bebanan overhead yang tinggi tetapi butik tidak boleh buka, dengan hati yang sedih, butik kebaya di Seri Kembangan terpaksa DITUTUP.
Selepas butik ditutup, kami kembali menjual kebaya nyonya secara online di website ini dan di media social seperti Facebook, Instagram dan Tiktok. Boleh KLIK SINI untuk baca lebih lanjut tentang IzzKebaya di media social. Jika sedang mencari baju kebaya nyonya sulaman tangan untuk size dewasa dan kanak – kanak, kami mempunyai banyak pilihan saiz, warna dan corak sulaman. Selain itu, kami juga menjual kelengkapan kebaya seperti kain batik selisih, kain pareo, kerongsang berantai, kerongsang serong, dokoh / brooch kebaya, kipas tangan dan juga payung kertas nyonya.
Jika tinggal berdekatan dengan Desa Putra, Sungai Merab, Selangor boleh juga datang ke tempat kami untuk mencuba dan membeli kebaya. Untuk maklumat lanjut, pertanyaan dan pembelian kebaya nyonya dan kelengkapan kebaya, boleh juga WHATSAPP kami.
Kami telah menjual kebaya nyonya sejak dari tahun 2010 lagi, jadi sudah hampir 13 tahun dalam industri ini. Banyak kali juga masuk paper, majalah dan rancangan TV. Boleh KLIK SINI untuk IzzKebaya di Media. Kami juga banyak memberikan tajaan untuk rancangan TV, drama, telefilem dan juga filem. Boleh KLIK SINI untuk lihat gambar – gambar artis dan selebriti yang menggayakan baju kebaya nyonya dari koleksi kami.
Jemput beli kebaya nyonya dewasa dan kanak – kanak serta kelengkapan kebaya dengan kami. Terima kasih kepada semua pelanggan yang pernah membeli produk kami dan diharap untuk terus menyokong kami di masa akan datang. Memang ada cadangan untuk buka kembali butik fizikal. Nanti kami maklumkan jika sudah bersedia. Ini kerana, kos tinggi juga untuk buka butik fizikal.