Kami kongsikan cara – cara memakai kerongsang kebaya kerana ramai yang bertanya dan untuk panduan kepada para pelanggan kami. Kenapa perlu memakai kerongsang? Baju kebaya nyonya didatangkan tanpa butang agar senang nak adjust dan membentuk baju mengikut potongan badan. Setiap individu potongan badannya berbeza dan kebaya nyonya lebih cantik dipakai jika mengikut potongan badan (body shape). Sebab tu, tiada butang. Kena pakai dengan baby pin dan kerongsang sebagai aksesori.
Untuk koleksi kerongsang kebaya kami, terdapat 3 jenis iaitu kerongsang berantai, kerongsang serong dan juga brooch. Kerongsang berantai nama pun berantai, jadi ianya mempunyai rantai yang boleh di sarungkan di tengkuk. Kerongsang serong pula adalah kerongsang 3 serangkai dan mempunyai rantai yang menghubungkan antara kerongsang. Brooch pula ada kerongsang yang kecil dan individu. Tidak disambung dengan rantai. Cuma, untuk brooch, satu set mengandungi 3 pcs.
Di bawah ini kami kongsikan video tentang cara – cara memakai kerongsang kebaya. Semoga bermanfaat. Untuk pembelian kerongsang, boleh KLIK DISINI ya.
Cara – Cara Memakai Kerongsang Berantai. Untuk melihat koleksi kerongsang berantai yang ada dan pembelian, boleh KLIK DISINI.
Cara – Cara Memakai Kerongsang Serong. Untuk melihat koleksi kerongsang serong yang ada dan pembelian, boleh KLIK DISINI.
Cara – Cara Memakai Brooch Kebaya. Untuk melihat koleksi Brooch Kebaya yang ada dan pembelian, boleh KLIK DISINI.