Setelah beberapa tahun berhenti dari dunia fesyen dan dunia peruncitan set baju kebaya akibat Covid19 yang melanda dunia, kita IzzKebaya kembali menemui anda dengan koleksi-koleksi kebaya terbaru yang semestinya cantik-cantik belaka. Kami memulakan perniagaan kebaya sejak tahun 2009 lagi dimulakan dengan nama IzwanIzzati Collections. Kemudian membuka butik kebaya di The Atmosphere, Seri Kembangan atas nama Izzlegacy Boutique dari tahun 2013 – 2019. Kemudian PKP, Lockdown dan sebagainya, kami terpaksa menutup butik dan berehat seketika.
Bagi yang baru mengenali kami, kami produk utama kami adalah baju kebaya nyonya sulaman tangan. Dimulakan dengan lukisan corak di baju hinggalah proses menyulan dan menjahit baru, semuanya dibuat secara manual. Jadi, hasilnya memang halus dan berkualiti. Biasanya kebaya nyonya dipadankan dengan kain batik samada kain batik selisih ataupun kembang payung. Selain itu, ramai juga yang suka gayakan kebaya nyonya dengan kain pareo. Pun begitu, ramai juga yang selesa menggayakan kebaya nyonya dengan selaur jeans untuk gaya yang lebih santai dan kasual. Boleh BACA SINI untuk cadangan padanan bottom kebaya nyonya. Setakat ini kami mempunyai lebih dari 2000 corak dan design sulaman kebaya yang boleh dilukis dan disulam kembali. Akan tetapi, untuk masa ini kami belum lagi buka tempahan untuk pre order. Nanti kalau ada, kami akan maklumkan.
Sebelum ini kami banyak sponser artis untuk drama, persembahan, telemovie dan juga filem. Jika berkesempatan nanti kami create satu entry blog untuk kami kongsikan gambar-gambar artis yang menggayakan baju kebaya nyonya dari koleksi kami. Boleh KLIK SINI ya. Selain itu, banyak kali artikel tentang perniagaan kebaya nyonya kami dipaparkan di dada akhbar. Boleh baca artikel DISINI. Semoga selepas ini lebih ramai pelakon / penyanyi yang menggayakan kebaya kami. Salah satu daripada sumber pengiklanan dan pemasaran produk 🙂
Kepada para pelanggan yang sering bertanya khabar dan bertanya tentang bila kami nak kembali berniaga, kami ucapkan jutaan terima kasih kerana hubungan sesama kita masih berterusan. Tanpa sokongan anda semua, sukar untuk kami meneruskan perjuangan didalam perniagaan ini. Kami akan terus menghasilkan sulaman kebaya yang cantik-cantik untuk memenuhi kehendak anda semua. Terima kasih juga kerana melawat website ini dan jemput follow kami di Facebook dan Instagram juga ya.
Untuk melihat dan membuat pembelian produk-produk yang ada terutamanya baju kebaya nyonya, boleh lawat Online Shop kami dengan KLIK DISINI.