Kebiasaannya memang cantik menggunakan kain batik sebagai padanan kebaya nyonya. Di IzzKebaya kami ada menjual kain batik selisih / lipat depan dan juga kain batik kipas depan. Kebaya nyonya jika dipakai dengan kain batik memang nampak ayu, cantik dan sekaligus mengekalkan gaya pemakaian tradisi yang tidak lapuk ditelan zaman. Sejak zaman dulu lagi terutamanya didalam filem-filem Tan Sri P. Ramlee kita dapat lihat kebaya digayakan dengan kain batik dan sehingga ke hari ini fesyen ini tetap digayakan dan tidak kekok dipakai.
Anda boleh memilih kebaya nyonya di website ini dengan KLIK DI SINI dan kemudian padankan dengan kain batik dengan KLIK DI SINI. Atau boleh juga beli kain batik sahaja jika anda telahpun mempunyai baju kebaya atau untuk kegunaan harian. Kami akan menambah lebih banyak koleksi kain batik di website ini dari semasa ke semasa kerana banyak kain yang masih dalam proses jahitan. Di bawah ini kami kongsikan gambar-gambar kain batik yang dipadankan dengan kebaya nyonya. Cantik kan? Kalau cantik, beli la sepasang dua kebaya nyonya dengan IzzKebaya ya 🙂