Sambil-sambil menjual baju kebaya, kena tengok kerja sekolah anak. Sekarang ni ada matapelajaran Pendidikan Kesenian. Memang sebelum ni satu cabaran nak cari barang-barang yang diperlukan untuk matapelajaran Pendidikan Kesenian ni terutamanya bahan-bahan perhiasan. Pergi kedai ECO takde, gi Giant xde, gi Mydin pun xde. Akhirnya bertemu juga lubuk dimana bahan-bahan perhiasan ini dijual. Entry blog ini sekadar perkongsian tentang bahan-bahan perhiasan matapelajaran Pendidikan Kesenian dan juga Sains, bukannya kami ada jual ya. Sebab kami pun ada anak-anak yang sedang bersekolah rendah. Jangan nanti whatsapp / telegram kami untuk beli pulak ya.
Ok, dekat mana boleh dapat bahan-bahan perhiasan tu? Boleh dapatkan di Kedai Buku Pustaka Rawang. Biasanya kami akan beli di Pustaka Rawang, Precint 8, Putrajaya. Macam-macam ada jual. Ada googly eyes, dawai berbulu, batang aiskrim, penutup botol, butang hiasan berwarna warni, pinggan kertas berwarna warni, kertas krep, kain felt, bebola hiasan, penyedut minuman dan sebagainya. So, memang one stop center la untuk beli bahan-bahan perhiasan untuk matapelajaran Pendidikan Kesenian ni.
Di bawah ni kami kongsikan gambar-gambar bahan-bahan hiasan yang ada dijual. Banyak kan? Memang lubuk la. Macam-macam boleh dapatkan disini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa diluar sana yang sedang mencari bahan-bahan perhiasan untuk kerja sekolah anak. Sambil-sambil tu, kalau nak cari baju kebaya nyonya dewasa ataupun kanak-kanak boleh la shopping kebaya di website kami ni ya. Boleh KLIK SINI untuk ke bahagian online shop. Ada banyak pilihan warna dan saiz. Payung nyonya yang buat tarian tu pun ada jual. Berwarna-warni dan memang cantik bila dipadankan dengan kebaya nyonya kanak-kanak.