
Untuk perniagaan pakaian dan aksesori, akan tiba ketikanya anda akan dihubungi untuk minta sponser kepada artis (selebriti) dengan ayat manis yang biasa didengari “boleh naikkan nama perniagaan dan akan lebih dikenali”. Persoalannya, berbaloikah untuk beri tajaan (sponsor) kepada artis (selebriti)? Kami akan kupaskan dalam entry pada kali ini. Ini kerana, sehingga ke hari ini memang banyak kami dapat panggilan telefon / whatsap yang bertanyakan adakah kami boleh beri tajaan / sponsor set lengkap baju kebaya nyonya untuk dipakai oleh artis (selebriti). Untuk makluman, kami telah menjalankan perniagaan menjual baju kebaya nyonya dan aksesori kelengkapan kebaya nyonya sejak dari tahun 2009 lagi. Dah banyak kali artikel tentang kami disiarkan di akhbar, majalah dan beberapa kali dalam rancangan TV. Di sepanjang perniagaan kami yang dah masuk tahun ke 14 ini, ramai jugaklah artis (selebriti) yang pernah kami beri tajaan.
Panjang lebar pulak mukadimah, ok.. berbalik kepada persoalan “Berbaloikan untuk beri tajaan (sponsor) kepada artis (selebriti)? Untuk penulisan ini, kami fokuskan kepada tajaan pakaian dan aksesori. Harap maklum. Sebelum buat keputusan, ada beberapa soalan yang perlu difahami.
- Apa matlamat untuk beri tajaan (sponsor)?
- Apa balasan yang akan diterima? Adakah artis (selebriti) yang ditaja akan tolong promote dan tag perniagaan anda di media social mereka dan adakah mampu untuk menaikkan follower / subscriber anda?
- Adakah artis (selebriti) akan beri kerjasama? Atau sekadar memberikan gambar untuk pihak wardrobe ambil dan berikan kepada pihak anda? Artis (selebriti) tidak sediatahu tentang persetujuan antara anda dan pihak wardrobe. Biasanya yang selalu mintak sponsor ni adalah dari pihak wardrobe bukan direct artis (selebriti).
- Apakah syarat – syarat yang anda perlu kemukakan untuk dipenuhi oleh pihak yang meminta tajaan?
- Apakah yang akan terjadi dan tindakan anda jika barangan tajaan dikembalikan dalam keadaan rosak / terkoyak / dan sebagainya?
- Apakah yang perlu ditulis dan dinyatakan dalam surat persetujuan? Perlu ada surat persetujuan sebab apa-apa hal yang terjadi ada hitam putihnya.
Untuk makluman, kebiasaannya pihak yang mencari tajaan (sponsor) adalah pihak wardrobe yang bekerja dibawah produksi filem, telefilem, rancangan TV atau drama dan juga ada kalanya personal assistance (PA) kepada artis (selebriti). Jadi kena faham bahawa anda berurusan dengan orang ketiga dan biasanya akan ada miscommunication / misunderstanding antara anda dengan artis (selebriti). Daripada pengalaman kami, jika berurusan direct dengan artis (selebriti), hasilnya akan terima seperti yang dipersetujui dalam surat persetujuan. Ada artis (selebriti) yang datang singgah ke butik bertemu dengan kami dan ada juga yang pernah datang singgah ke rumah jugak. Jadi, lebih mudah untuk berbincang. Tidak dinafikan, ada artis (selebriti) yang bagus, merendah diri dan mudah untuk di bawa berbincang. Masalahnya sikit sangat yang sebegitu. Lebih ramai yang rasa dirinya popular, so, dia sudi nak pakai baju tajaan dan bagi gambar dah cukup bagus untuk kita tumpang populariti. Satu lagi persoalan, adakah artis (selebriti) pakai product tajaan kita, tag di media social, akan memberikan kesan besar pada media social perniagaan kita? Jawapannya tidak. Ada artis (selebriti) tajaan kami yang follower ada berjuta tapi bila dia post gambar pakai kebaya kami dan tag media social kami. Hasilnya krik krik je. Macam takde apa2 berlaku. Adakah follower beliau fake, tak aktif atau follower yang buat tak tau je. Cuma ada beberapa artis (selebriti) yang kami pernah taja sebelum ini, lepas je dia post gambar & tag media social kami, memang laju naik bilangan follower / subscriber media sosial kami. Jadi, sebagai artis (selebriti), tak perlu rasa sangat bagus. Kena bersyukur dan selalu rendah diri. Rasa mcm dah popular tapi sebenarnya suam suam kuku je.
Jika anda berurusan dengan pihak ketiga terutamanya pihak wardrobe atau makeup artis, kena sangat berhati – hati dan monitor rapat. Sebab apa? Sebab kadang-kadang dengan artis (selebriti) dia cakap lain dengan kita dia sembang lain. Surat persetujuan pun rasanya tak tunjuk pun pada artis (selebriti). Send gambar pun ada yang snap tak proper, asal boleh je. Ambik gambar background dalam stor or bilik persalinan dan hantar pada kita. Mcmmana nak publish? Artis (selebriti) pun tak post langsung gambar dan tag di media social. Bila tanya, kenapa begitu? katanya dah bagitau tapi tak sure kenapa. Boleh jawapan macam tu? Ada jugak pernah kami sponsor untuk satu drama bersiri 5 orang artis sekaligus. Haram sorang pun takde post gambar dan tag kami di media social. Lebih mengecewakan, untuk setiap episod langsung takde kredit nama atau logo perniagaan kami di senarai penaja. Baru – baru ini pun ada taja seorang artis yang sangat popular. Dalam enam set kebaya nyonya kalau tak silap. Dua keping gambar je artis tu post dekat media social & tag kami. Tapi, lagi satu gambar dah bercampur antara produk kami dengan orang lain. Lepas tu, boleh pulak pihak yang minta tajaan (sponsor) lepas tu whatsapp cakap oleh sebab artis (selebriti) tu dah post gambar dan tag, kena bagi sepasang kebaya percuma pada artis (selebriti) tu. Senang sungguh hidup gitu. Bila tanya lagi kenapa macam tu pula. Katanya, artis dah ckp syarat mcm tu tapi dia (pihak wardrobe) lupa nak bgtau kami. Haish. Kalau tau gitu, tak payah bagi sponsor pun takpe. Sbb takde hasil pun. Sambung lagi kisah pasal tajaan terbaru ni, dalam masa dia nak pulangkan kembali baju – baju kebaya kami (lama jugak tunggu), boleh pulak dia bagi artis (selebriti) lain pakai sebab urgent katanya. Nanti share gambar. Dapat sekeping. Artis (selebriti) yang dah lama tak muncul dekat TV pulak tu. Panjang lebar kalau nak ceritakan pengalaman kami memberi tajaan (sponser) kepada artis (selebriti) ni. Tapi cukup sampai sini je la. Tulis panjang – panjang pun nanti ramai yang tak baca habis. Sebelum terlupa, ada satu wardrobe yg tersilap saiz selebriti. Tapi, pakai ketat-ketat kain sampai merekah dan terkoyak pun ada. Bila pulangkan, memang takde rasa bersalah. Bila tanya, jawapannya tak perasan pulak ada terkoyak. Katanya dah periksa sebelum pulangkan. Gitulah biasanya. Selalu akan diambil kesempatan dengan alasan artis (selebriti) pakai / guna produk kita, ianya adalah satu pengiklanan dan boleh naikkan nama kita. Cuma, pada kami.. cukuplah. Lepas ni memang tak layan dah la kalau ada yang nak mintak sponser / tajaan. Melainkan direct dengan artis (selebriti) dan mencapai persetujuan terbaik antara kedua – dua pihak. Mungkin kami akan beri tajaan. Jika tidak, takdelah.. takde kesan besar pun sebenarnya. Cuma kalau bernasib baik, adalah sikit kesan. Follower / subscriber adalah bertambah. Tapi, mcm kami tulis diatas, biasanya takde bagi kesan besar pun. Better bayar iklan facebook ads atau iklan di instagram / tiktok lebih berbaloi.