Dimanakah lokasi butik IzzKebaya? Soalan yang boleh dikatakan setiap hari ada yang whatsapp dan call tanya. Kami mulakan perniagaan online menjual baju kebaya nyonya dan aksesori kelengkapan kebaya sejak tahun 2009. Pada tahun 2014 kami ada membuka butik fizikal di The Atmosphere, Seri Kembangan, Selangor tapi oleh sebab penangan Covid19 dan juga PKP yang berlarutan, kami terpaksa menutup butik pada tahun 2019 kerana terpaksa menanggung kos overhead yang tinggi tetapi perniagaan tidak boleh dijalankan. Jadi, buat masa ini, kami tiada butik fizikal dan kami berniaga secara online sementara mencari masa dan lokasi yang sesuai untuk membuka butik yang baru.
Para pelanggan yang ingin membeli baju kebaya nyonya dan juga aksesori kelengkapan kebaya nyonya seperti kain batik selisih, kain pareo, kerongsang, dokoh dan payung kertas nyonya, boleh buat belian secara online di website kami atau boleh whatsapp nombor 012-3199026 (klik pada nombor). Selain daripada kebaya nyonya dewasa, kami juga ada menjual baju kebaya nyonya kanak – kanak (budak) bermula dari saiz 1 tahun hingga 12 tahun. Bagi yang tinggal berdekatan dengan Desa Putra dan Sg Merab, boleh hubungi kami jika ingin mencuba kebaya dan membeli kebaya.
Buat masa ini, kami convert satu bilik di rumah untuk menggantung stok baju kebaya nyonya dan juga aksesori kelengkapan kebaya nyonya. InsyaAllah, nanti dah jumpa lokasi yang sesuai kami akan kembali membuka butik fizikal. Ramai yang berminat nak beli kebaya nyonya tapi nak datang butik cuba dan pilih. Jadi, buat masa ni, boleh beli secara online di website kami ini dan juga belian di whatsapp atau boleh juga hubungi kami jika ingin membeli kebaya nyonya secara bersemuka.
Jika ada rezeki lebih untuk kembali membuka butik kebaya nyonya fizikal, kemungkinan lokasi butik Izzkebaya yang seterusnya samada di Bandar Baru Bangi, Selangor atau Putrajaya. Jika diberikan pilihan, sebagai pelanggan yang nak datang singgah beli kebaya di butik kami, dimanakah lokasi pilihan anda? Jemput kongsikan di bahagian komen ya.